50 Motosikal Dilelong



JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengutip sebanyak RM55,550 pada lelongan awam kenderaan sita di pejabat jabatan itu di Senawang di Seremban, hari ini.

Pengarah JPJ negeri Azrin Borhan berkata, lelongan itu membabitkan 50 motosikal.

"Bidaan paling tinggi
adalah Yamaha RXZ berharga RM4,050 manakala yang terendah, motosikal Suzuki RC 110 bernilai RM100," katanya selepas lelongan awam itu.

Katanya, semua kenderaan yang dilelong adalah motosikal disita atas pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai cukai jalan dan mengubahsuai enjin dan nombor chasis.

"Seramai 39 pembida yang hadir dari seluruh negeri pada hari lelongan yang bermula 9.30 pagi sebelum tamat 12.30 tengah hari.

"Lelongan kedua tahun ini dijangka dijalankan pada November ini dengan lebih banyak kenderaan" katanya.-HMetroOnline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :