Bekas ketua pembangkang itu berkata, PKR perlu menunggu menteri besar Selangor kembali daripada kunjungan luar negara untuk membincangkan keputusan PAS menamatkan kerjasama dengan PKR.
“Kami ada perjanjian (dengan PAS) untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci,: katanya kepada wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.
Anwar diminta mengulas status 3 wakil rakyat PAS yang merupakan exco kerajaan negeri, walaupun Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR, pada 11 Mei lalu seperti yang diluluskan perwakilan pada Muktamar PAS ke-63, 30 April lalu di
Kedah.
Mereka menyenaraikan 3 pelanggaran dilakukan parti reformasi itu iaitu menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti rang undang-undang persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Selasa lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, parti itu cuba sedaya upaya melindungi hubungan itu dan nasib 3 exco PAS akan ditentukan selepas perbincangan bersama dengan Azmin.
Tiga exco PAs itu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
Berbanding pendirian PAS untuk 3 exconya kekal dalam pentadbiran Selangor, PKR sebaliknya mengarahkan semua lantikan politiknya di kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS untuk meletak jawatan serta-merta.
Read More / Baca Lagi >>