AS Mahu Selesai Isu Nuklear Secara Aman


SEOUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberitahu wakil Presiden Korea Selatan, Washington bersedia menyelesaikan krisis nuklear dengan Korea Utara secara diplomatik dan aman.

Agensi berita Yonhap melaporkan, Trump bersedia berbincang mengenai isu untuk mewujudkan keamanan di Semenanjung Korea walaupun boleh bertindak sebaliknya.

Yonhap memetik kenyataan wakil Korea
Selatan di Washington, Hong Seok-hyun, berkata AS menegaskan tindakan tegas boleh diambil terhadap Korea Utara tetapi memilih menyelesaikan krisis itu secara diplomatik dan aman, termasuk kemungkinan menerusi sekatan ekonomi.

Bagaimanapun, Seok-hyun menjelaskan, AS tidak akan mengadakan dialog dengan Korea Utara jika ia tidak menyelesaikan masalah.

Kenyataan Trump itu bagaimanapun tidak dapat disahkan.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, yang memulakan tugas minggu lalu, mahu pendekatan sederhana terhadap Korea Utara dengan syarat negara itu mengubah sikap terhadap isu senjata sebelum memulakan dialog. - REUTERS

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :