AS Tawar RM43 Juta Tangkap Pemimpin Militan


WASHINGTON: Amerika Syarikat hari ini mengumumkan pemberian ganjaran bernilai AS$10 juta (RM43.45 juta) sebagai tukaran kepada maklumat berhubung lokasi terkini pemimpin militan Barisan Fateh al-Sham yang juga rakan sekutu Al-Qaeda.

Ganjaran seumpama itu adalah yang pertama ditawarkan AS untuk maklumat mengenai Abu Mohamed al-Jolani.

Suspek yang
sangat dikehendaki AS diberi gelaran 'pengganas global ciptaan khas' oleh Jabatan Negara dan turut berada dalam senarai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam notis pengumuman itu, Abu Jolani dilaporkan menyertai Al-Qaeda pada April 2013 selepas tidak sehaluan dengan militan Daesh.

Barisan Fateh al-Sham yang sebelum ini dikenali sebagai Barisan Al-Nusra meninggalkan militan Al-Qaeda pada Julai tahun lalu.

Penganalisis menyifatkan langkah itu sebagai percubaan untuk membersihkan nama mereka daripada disenarai hitam oleh PBB dan kerajaan Barat. - AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :