KUCHING: Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Pakej 2 akan menambah empat pembinaan jejambat di kawasan Batu 4½, Batu 6, Batu 7 dan Batu 9 di sepanjang jajaran Kuching-Serian.
Menteri Muda Jalan Pesisir, Datuk Julaihi Narawi berkata, projek pembinaan empat jejambat yang dibina di bawah pakej naik taraf Pan Borneo sedang dalam proses kerja-kerja pengukuran dan peralihan utiliti.
“Projek pembinan empat jejambat tersebut telah dimulakan
pada 1 November 2016 dan dijangka akan siap pada 31 Oktober 2020.
“Walaubagaimanapun. proses pembinaan untuk jejambat di Batu 7 dan Batu 10 dijadualkan bermula pada Julai 2017 manakala jejambat di Batu 4½ dan Batu 6 dijadual bermula pada Oktober 2017.
“Anggaran kos untuk keempat-empat jejambat tersebut adalah berjumlah RM316.96,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Beliau berkata sedemikian ketika menjawab soalan daripada Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentoasa) yang bertanyakan status projek empat jejambat di Batu 4½, Batu 6, Batu 7 dan Batu 9 sepanjang jajaran Kuching-Serian. - Sarawakiana