#DUNSarawak: Juanda Saran Pekerja Tempatan Diutamakan

KUCHING: Kehadiran pekerja asing yang bekerja dalam pembangunan ladang dan kilang kelapa sawit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng agak membimbangkan kerana bilangannya semakin bertambah.

Dato’ Dr Juanda Jaya (BN-Jemoreng) berkata, situasi ini sangat ketara sehingga menimbukan kebimbangan dikalangan penduduk.

Menurutnya, seluruh dunia tahu yang Malaysia adalah negara yang makmur dan mewah sehinggakan ramai buruh asing datang ke Malaysia mencari pekerjaan baik secara sah satu pun tidak sah.

“Kerajaan bertanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya namun
situasi tersebut bagaikan memberi peluang pekerjaan kepada buruh asing pula.

"Apakah sudah tiada orang tempatan? Apakah syarikat-syarikat tersebut akan mengalami kerugian besar jika menggaji penduduk tempatan?," ujarnya

Beliau mengakui keadaan tersebut diterima oleh pendudukan setempat.

“Apabila kita membawa orang luar bekerja disini, kita kena membayar levi, kos kemasukan, kos penginapan namun semua ini di anggap "lebih mengguntungkan" berbanding menggaji rakyat tempatan?.

"Saya juga ingin tahu berapa nisbah pekerja asing dan tempatan di ladang-ladang di kawasan saya da seluruh Sarawak amnya," tambahnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Komplek DUN Sarawak hari ini. - Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :