HANYA kerana sepasang kasut bola, enam pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di Parit, Perak dipercayai dibelasah oleh 10 pelajar senior hingga mengalami kecederaan fizikal.
Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku apabila dikatakan seorang daripada mangsa enggan meminjamkan kasut bola kepada seorang pelajar senior berkenaan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdulla berkata, pihaknya menerima laporan enam laporan daripada mangsa berhubung kejadian yang berlaku
pada 5 Mei lalu.
Menurutnya, polis sudah mengambil rakaman percakapan 10 pelajar senior Tingkatan Tiga dan Empat yang dipercayai sudah digantung sekolah.
Jelasnya, dalam kejadian tersebut, semua mangsa tidak mengalami kecederaan teruk dan cuma lebam pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul menggunakan tangan.
Kata Mohamad Zainal lagi, semua pelajar terbabit iaitu yang membuli dan mangsa masing-masing berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan polis menasihatkan keluarga pelajar supaya tidak melakukan tindakan yang boleh menggangu siasatan. – MYNEWSHUB.CC