Hudud: Apabila pemimpin Melayu terpaksa berjoget ikut rentak PAS

Hakikatnya, hanya PAS yang jujur mengenai hudud, sementara parti lain terus berdalih seperti dilihat dalam wawancara presiden PKR dengan Al Jazeera minggu lalu.
Wan-Azizah-pas-hududDitelan mati emak, diludah mati bapak. Nampaknya peribahasa ini paling sesuai menggambarkan dilema ahli politik Malaysia berkenaan hukum hudud, sama ada Islam mahupun bukan Islam.
Kali ini, ketua Pakatan Harapan sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, terperangkap dengan persoalan dalam temuramah yang amat licik dengan wartawan Al Jazeera, Mehdi Hassan.
Mehdi bertanya Wan Azizah tentang kerjasama PKR dengan PAS walaupun PAS sedang berusaha gigih untuk meluluskan rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk meningkatkan had hukuman.
Wan Azizah cuba berdalih dengan mengatakan PKR tidak lagi bekerjasama dengan PAS tetapi Mehdi dapat mengesan “mangsanya” itu dalam keadaan terdedah, sambil menekan “butang” itu lagi dengan mengingatkan yang PKR
bekerjasama dengan PAS sudah sekian lama.
Wan Azizah mungkin tidak sedar yang perangkap sudah sedia untuknya, lalu menjawab yang pada masa itu, PAS bersetuju membelakangkan hudud.
Mehdi pun menerkam dengan soalan tentang hudud. Dia terus bertanya kepada Wan Azizah, adakah beliau akan melaksanakan hukum hudud jika menjadi perdana menteri.
Wan Azizah membuka ruang untuk Mehdi menggunakan taktik logika iaitu “appeal to emotion” (menggunakan hujah yang akan menaikkkan emosi) dan bertanya, adakah Wan Azizah akan menginstitusikan hukuman kejam seperti memotong tangan dan merejam sampai mati. Di sinilah Wan Azizah terkandas dan menjawab, “Bukan dalam masa terdekat”.
Dengan jawapan ini, Wan Azizah menjadikan dirinya sasaran kepada media sosial yang mengkritik dan mencemuhnya bertubi-tubi.
Mengapa Wan Azizah begitu lemah menjawab soalan ini?
Jawapannya amat mudah – kerana ahli-ahli politik Malaysia selain daripada PAS, menjadi tebusan kepada hukum hudud.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :