Setiausaha agung BN itu berkata, mana-mana ahli parti atau wakil rakyat yang terpalit skandal dan kes rasuah sama sekali tidak akan dibenarkan bertanding atas tiket BN.
“Saya sendiri turut berbuat demikian (mengisytiharkan harta) sebelum saya menjadi wakil rakyat pada 2004.
“Kami akan menyiasat jika ada calon yang dikaitkan dengan rasuah dan sekiranya bebas daripada dakwaan rasuah, kami akan membenarkan calon berkenaan bertanding,” katanya
selepas merasmikan Karnival KL Xtravaganza dan pusingan ke-2 Kejohanan SuperMoto Malaysia (MSMC) di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, hari ini.
Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika diminta mengulas seruan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad kepada parti politik untuk tidak meletakkan calon terbabit kes rasuah pada PRU14.
Khamis lepas, Dzulkifli menegaskan adalah penting untuk parti politik bukan sahaja memilih calon benar-benar bebas daripada sebarang sabitan atau kes rasuah, tetapi pada masa sama menghantar isyarat jelas kepada rakyat, mereka tidak berkompromi dengan rasuah.
Read More / Baca Lagi >>