Penyelesaian IPIC-1MDB tambah kerugian negara


Pemuda Amanah Nasional yang diketuai Faiz Fadzil menyerahkan memorandum ke pejabat perdana menteri berhubung penyelesaian IPIC-1MDB yang merugikan negara.Pemuda Amanah Nasional yang diketuai Faiz Fadzil menyerahkan memorandum ke pejabat perdana menteri berhubung penyelesaian IPIC-1MDB yang merugikan negara.
Pemuda Amanah Nasional hari ini mengemukakan memorandum kepada perdana menteri bagi menuntut penjelasan berhubung skandal penyelesaian tuntutan arbitrasi IPIC-1MDB yang disifatkan sebagai merugikan negara.
Malah sikap berdiam diri Datuk Seri Najib Razak dalam menjawab isu dan persoalan berkaitan skandal 1MDB tidak mencerminkan sikap akauntabiliti beliau sebagai Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
Memorandum itu diserahkan timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil di pejabat perdana menteri di Putrajaya dan diterima setiausaha sulit kanan perdana menteri, Nik Mohd Husin.
IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investment PJS (Aabar) telah membuat tuntutan arbitrasi di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London terhadap 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) pada 14 Jun 2016.
Memorandum Pemuda Amanah diterima setiausaha sulit kanan perdana menteri Nik Mohd Husin.
font-weight: normal; margin: 0px; padding: 4px 8px 4px 8px; text-align: left;">Memorandum Pemuda Amanah diterima setiausaha sulit kanan perdana menteri Nik Mohd Husin.Dalam permohonannya, IPIC menuntut sejumlah USD6.5 bilion (RM26.5 billion) di atas kegagalan 1MDB dan Kementerian Kewangan menunaikan obligasi kontrak.
Bagaimanapun pada 24 April 2017, IPIC melalui kenyataan kepada Bursa Saham London mengesahkan satu persetujuan telah dicapai antara IPIC dan 1MDB dengan 1MDB dan MOF Inc akan membayar sejumlah USD1.2 bilion (RM5.3 bilion) sebagai penyelesaian awal kepada IPIC dan bertanggungjawab terhadap dua bon berjumlah USD3.5 billion (RM15.5 bilion) yang dikeluarkan 1MDB Energy Limited.
Dalam memorandum tersebut, Pemuda Amanah melahirkan kebimbangan terhadap ketelusan penyelesaian tuntutan arbitrasi yang secara langsung menunjukkan jumlah USD3.5 bilion telah dibayar secara curang (fraud) kepada Aabar BVI yang disahkan bukan anak syarikat IPIC.
Tambah Faiz, jika Aabar BVI didakwa sebagai syarikat yang sahih, mengapa 1MDB dan Kerajaan Malaysia bersetuju menyelesaikan tuntutan IPIC.
Pemuda Amanah turut mempersoalkan ketidakhadiran Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam tuntutan arbitrasi tersebut sedangkan beliau bertanggungjawab menyelia pelan rasionalisasi 1MDB.
Malah penyelesaian tuntutan arbitrasi itu dibuat Pejabat Perdana Menteri bagi pihak 1MDB dan Kerajaan Malaysia sedangkan perdana menteri didakwa menerima USD30 juta daripada transaksi licik Aabar BVI di saat beliau ialah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
Pemuda Amanah juga mempertikaikan mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap dua individu iaitu Jho Low dan Riza Aziz yang didakwa menyeleweng wang 1MDB yang dibayar kepada Aabar BVI.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :