Rumah Putih `Diceroboh'


NEW YORK: Rumah Putih berhadapan kritikan kemungkinan berlaku pencerobohan selepas membenarkan jurugambar perkhidmatan berita Russia memasuki Pejabat Oval untuk merakamkan gambar Presiden Donald Trump dan dua orang pegawai atasan Russia.

Walaupun pentadbiran tidak mengendahkan ancaman, pegawai kanan mengakui Rumah Putih keliru mengenai peranan jurugambar berkenaan, yang sebenarnya bekerja dengan agensi berita dikendalikan kerajaan.

Jurugambar itu yang berdiri
tidak jauh daripada Trump ketika beliau berbual dengan Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov dan Duta Russia ke Amerika Syarikat, Sergey Kislyak, memberitahu Rumah Putih, beliau adalah jurugambar rasmi Lavrov.

Namun, Kislyak tidak memberitahu beliau juga bekerja untuk agensi berita Tass. Pegawai Rumah Putih terkejut apabila gambar menunjukkan detik ceria antara Trump dan dua pegawai Russia itu muncul di atas talian tidak lama selepas pertemuan terbabit.

Gambar itu menyebabkan sebahagian pemerhati bimbang, terutama ia berlaku sehari selepas Trump memecat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey, yang menyiasat sama ada kempen Trump ada kaitan dengan pegawai Russia. - AP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :