"Tahun 2015 dan 2016 adalah merupakan tahun yang amat mencabar untuk SRC.
"Namun demikian, SRC sentiasa berusaha untuk menyelesaikan semua hutang syarikat.
"Antara langkah yang akan diambil adalah untuk menjual aset-aset syarikat untuk menyelesaikan hutang kepada Kementerian Kewangan," katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.
src="http://ift.tt/2pIUEf2" style="float: right; width: 60%;">SRC International adalah bekas anak syarikat 1MDB tetapi kemudiannya diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.
Menurut jawapan parlimen, SRC International masih berhutang RM310 juta dengan kerajaan pada kadar faedah empat peratus setahun.
Selain itu, SRC International juga berhutang dengan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) RM4.385 bilion pada kadar faedah antara 4.3 hingga 5.1 peratus setahun.
Kementerian Kewangan mengulangi bahawa SRC International akan membayar hutangnya kepada KWAP mengikut jadual yang ditetapkan.
Jawapan bertulis Parlimen itu adalah merujuk kepada soalan Ahli Parlimen Selayang, William Leong yang menyoal mengenai hutang tertunggak SRC International.
Read More / Baca Lagi >>