Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dilaporkan telah mengadakan pertemuan mengejut dengan tiga Exco Pas dan meminta mereka mengundurkan diri daripada kerajaan negeri.
Tindakan Azmin memanggil mereka itu adalah susulan keputusan Majlis Syura Pas memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Difahamkan wakil-wakil Pas yang hadir terkejut dengen permintaan Azmin dan meminta untuk berbincang dengan parti terlebih dahulu sebelum tampil dengan satu keputusan.
style="background-color: rgba(255, 255, 255, 0);">Namun, Azmin memberi jaminan bahawa meskipun tiada jawatan Exco, PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri selaras dengan mandat kemenangannya pada pilihanraya umum 2013.
Difahamkan, turut diberi jaminan ialah wakil PAS akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal sebagai ahli majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung.
Langkah 'luar jangka' Azmin itu telah mengejutkan pimpinan PAS kerana parti itu tidak mempunyai rancangan untuk melepaskan mana-mana jawatan dalam kerajaan negeri walaupun Majlis Syura telah membuat keputusan menamatkan hubungan politik dengan PKR.
Tahniah dan syabas Azmin!
Sebenarnya inilah tindakan paling tepat dan terpuji daripada Azmin setelah Pas masih cuba untuk tinggal serumah dalam kerajaan negeri walaupun mulut mereka menjaja dan melafazkan perkataan cerai ke seluruh negara hampir setiap hari.
Read More / Baca Lagi >>