CAMPURTANGAN LUAR?


1. Nasrudin kata, dia tahu ada individu Malaysia yg pergi ke luar negara minta negara itu ambil tindakan ke atas pencuri duit 1MDB. Katanya, tindakan itu mendedahkan negara ini kpd campurtangan asing. 

2. Aku kesian dgn Nasrudin. Bermati-matian dia cari jalan utk pertahankan Najib dan mengalih perhatian rakyat drpd menghalakan isu 1MDB kepada Najib. Dia mahu rakyat tidak salahkan Najib, tapi dan kendurkan kemarahan rakyat kpd Najib dan halakan kemarahan itu kpd DoJ. 

3. Nasrudin...! Kalau Vellfire kamu dicuri, dan pencuri larikan kereta kamu ke negara lain, kamu laporkan kecurian itu kpd pihak berkuasa negara berkenaan, dan polis negara itu buat siasatan dan cari kereta kamu, bolehkah aku kata kamu undang campurtangan asing? 

4. Kamu tak setuju kalau aku kata parti kamu dan Umno sudah tidak boleh berpisah lagi. Bukan sekadar sekatil, tapi mimpi pun sudah sama. Buktinya, kamu bercakap apa saja yg menyukakan hati Najib. Kamu akan nafi, tapi kenyataan kamu banyak membuktikan hal itu. 

Zola 
Padang Besar Thailand 
6.46 waktu Malaysia
5.46 waktu Thailand

Subscribe to receive free email updates: