Larangan Masuk Ke AS Bermula



WASHINGTON: Larangan sementara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke atas pelarian dan pengembara dari enam negara majoriti Islam masuk ke negara itu mula dikuatkuasakan hari ini.

Ia susulan keputusan Mahkamah Agung membenarkannya selepas lima bulan 'berbalah' dengan kumpulan hak asasi. 

Pentadbiran Trump berkata, larangan itu adalah perlu bagi menghalang pengganas daripada memasuki negara berkenaan.

Namun kumpulan pejuang hak asasi mendakwa larangan itu secara tidak sah menyasarkan terhadap orang Islam.

Pengharaman 90 hari ke atas pelawat dari Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman bagaimanapun diberi pengecualian sekiranya ada hubungan keluarga terdekat di AS yang ditakrifkan secara khusus oleh kerajaan, tidak termasuk datuk, nenek, cucu, ibu saudara, bapa saudara dan lain-lain. - AFP/BH Online

Subscribe to receive free email updates: