Pelajar Amerika Syarikat Bebas Dari Penjara Korea Utara Dalam Keadaan Koma



WASHINGTON- Seorang pelajar Amerika Syarikat yang koma semasa di hukum penjara serta kerja berat di Korea Utara dibebaskan dan tiba di Amerika Syarikat semalam.

Pesawat tentera membawa Otto Warmbier mendarat di kampung halamannya di Cincinnati, Ohio, pada pukul 10.20 malam waktu tempatan, lapor CBS.

Pembebasan Warmbier yang baharu menjalani 18 bulan penjara daripada 15 tahun sepatutnya.

Pembebasan pelajar berusia 22 tahun itu adalah hasil perbincangan pihak kedua-dua buah negara terbabit dan Amerika Syarikat sedang berusaha membebaskan dua lagi rakyatnya yang masih di tahan di Korea Utara.

Ibu bapa Warmbier memberitahu CNN anak mereka telah dibebaskan.

"Sungguh sedih, dia dalam keadaan koma dan kami diberitahu dia dalam keadaan demikian sejak Mac 2016 lagi,” kata mereka.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Lunken, Cincinnatti, Warmbier dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

Ibu bapa Warmbier dimaklumkan anak mereka diberi makan ubat tidur selepas perbicaraan pada Mac tahun lalu dan langsung tidak sedarkan diri selepas itu.

Warmbier sebelum ini ditangkap kerana membuang kain rentang politik di sebuah hotel di Korea Utara.

Dia ditangkap di lapangan terbang ketika hendak meninggalkan negara berkenaan pada Januari tahun lalu. - AFP

Subscribe to receive free email updates: