Sekolah Tahfiz Perlu Patuhi Piawaian - TPM



KUANTAN  - Pengurusan maahad tahfiz seharusnya mematuhi piawaian yang ditetapkan termasuk dari segi aspek keselamatan pelajar mereka bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sedih dengan kemalangan di Kampung Telekong, Kuala Krai Kelantan pagi tadi yang mengorbankan tujuh nyawa pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi berkata, kejadian seumpama itu dapat dielakkan dengan menentukan piawaian tersebut
dipatuhi.

"Saya harap kejadian ini menjadi pengajaran kepada pengurusan sekolah tahfiz supaya lebih bersiap sedia untuk mengelakkan kemalangan.

"Kemalangan tidak berbau tetapi boleh elakkannya dengan menentukan piawaian sekolah tahfiz dipatuhi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat negeri di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 9.45 pagi di Kampung Telekong itu, tujuh pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Al-Hashimi maut manakala lima lagi pelajar dan dua guru parah. - UTUSAN ONLINE

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :