PERDANA Menteri Iraq, Haider al Abadi mengesahkan kerajaan palsu militan Daesh sudah berakhir selepas tentera Iraq berjaya menawan kubu kuat militan itu di Masjid Al-Nuri dan simbol menara al-Habda di Mosul.
Aljazeera melaporkan rampasan terhadap masjid yang berusia 850 itu memberikan simbolik kemenangan kepada tentera Iraq yang telah bertempur untuk menawan semula Mosul selepas Daesh mengisytiharkan Mosul sebagai bandar Khalifah pertama tiga tahun lalu.
“Kini Masjid Al-Nuri dan menara al-Hadba sudah kembali kepada rakyat, menandakan berakhirnya cengkaman Daesh,” katanya.
Menurutnya, tentera Iraq akan terus memburu dan menghapuskan semua anggota Daesh di beberapa kawasan berdekatan.
justify;">
Tentera Iraq Rampas Kubu Kuat Militan Daesh
Masjid Al-Nuri dibina pada zaman pertengahan dan terkenal dengan menara condong, ditawan sepenuhnya tentera Iraq yang disokong AS.
Pada Mac lalu, tentera Iraq melancarkan operasi khas merampas kembali Mosul.
Sejak Jun 2014, Daesh diketuai Abu Bakar Al Baghdadi mengibarkan bendera hitam di puncak menara al-Hadba dan mengisytiharkan Mosul sebagai tapak pemerintah khalifah.
Al-Baghdadi mengaku dirinya keturunan Nabi Ibrahim. Selain itu turut mengumumkan misi negara Khalifah merangkumi Rom, Itali dan Perancis.
Al Baghdadi dalam khufbah pertamanya turut mengakui dirinya diutuskan Tuhan untuk menubuhkan kerajaan Khalifah.
Sejak Jun 2014, Daesh berjaya mengumpulkan puluhan ribu tentera di Iraq dan Syria. Malah, kempen berkesan media sosial militan itu berjaya merekrut sokongan di seluruh dunia. -MYNEWSHUB.CC