19,000 vaksin rabies sudah dihantar ke Sarawak



SEBANYAK 19,000 bekalan vaksin mencegah wabak rabies dihantar ke Sarawak dalam usaha membendung wabak terbabit daripada menular ke kawasan lain.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada awalnya, 13,000 vaksin dihantar ke negeri itu tetapi pihaknya membuat penambahan 6,000 lagi yang di hantar tadi.

“Secara peribadi, saya tidak boleh terima hakikat penyakit masalah dunia ketiga itu berlaku pada hari ini tanpa sebarang kawalan seterusnya menyebabkan kematian manusia.

“Sepatutnya, penularan wabak rabies dapat dikawal pada peringkat awal melalui pelbagai kemudahan perubatan moden dan tidak merebak seperti sekarang.

“Justeru, saya sudah minta semua pihak termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bekerjasama bagi menangani wabak terbabit,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Kilang Padi Bukit Kor di Kilang Pemprosesan Makanan PRM Food dan Marketing (PRM) Sdn Bhd di Marang di sini, tadi.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof dan Pengarah Urusan PRM Ramli Muda.-HMetro

Subscribe to receive free email updates: