KUCHING: Tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tupong Hulu dekat sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 2 pagi itu rumah didiami 69 penghuni itu telah terbakar dan menyebabkan tiga daripada rumah terbakar 100 peratus, sebuah rumah terbakar 20 peratus, dua buah rumah lagi terbakar 10 peratus manakala sebuah lagi rumah terbakar tiga peratus.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM) Sarawak, sejurus laporan diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi mendapati api marak dengan begitu cepat kerana struktur rumah-rumah berkenaan diperbuat daripada kayu.
“Pasukan bomba segera bertindak memadam kebakaran dan membuat ‘fire break’ serta berjaya menyelamatkan tiga buah rumah yang berdekatan daripada turut musnah terbakar.”katanya.
Sehingga berita inj ditulis, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan-Sarawakiana