Adakah INVOKE Menyediakan Kereta Percuma Untuk Pemandu Teksi?

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 3 Julai 2017

Dalam cubaan terdesak untuk memenangi undi, Rafizi telah menyebelahi pemandu teksi dalam usaha menentang Uber/Grab.

Beliau telah berjanji untuk menangguhkan rang undang-undang ‘ride-hailing’ yang akan mengatur perkhidmatan pengangkutan (ride-hailing) seperti Uber/Grab sehingga masalah yang dibangkitkan oleh pemandu teksi ditangani.

Masalah utama yang dipetik oleh Rafizi yang dihadapi oleh pemandu teksi adalah bahawa pemandu teksi terpaksa membayar yuran sewa harian untuk menyewa teksi dari sebuah syarikat.

Rafizi menambah bahawa pemandu teksi harus diberikan keistimewaan yang sama seperti Uber and Grab, yang hanya perlu menanggung kos bahan bakar.

Ini menunjukkan bahawa Rafizi tidak memahami isu itu dan percubaan untuk menangguhkan ini hanyalah untuk menipu pemandu teksi.

Pertama, beliau berkata beliau hanya mahu menangguhkan rang undang-undang itu untuk 14 hari – dan bukan membatalkannya. Apakah perlunya penangguhan selama 14 hari itu?

Juga, sama ada rang undang-undang itu diluluskan atau tidak, tidak begitu berkaitan dengan pemandu teksi kerana Uber dan Grab akan terus beroperasi – hanya bahawa tidak ada peraturan, yang mana adalah tidak elok bagi pengguna.

Kedua, pemandu Uber dan Grab kebanyakannya menggunakan kereta mereka sendiri - itulah sebabnya anda tidak perlu membayar yuran sewa harian kepada orang lain untuk kereta mereka.

Ketiga, pemandu Uber dan Grab juga perlu membayar komisen besar yang dianggarkan pada 23% -30% dari bayaran yang mereka terima - sesuatu yang pemandu teksi tidak perlu lakukan.

Keempat, pemandu teksi juga dibenarkan untuk membeli dan memiliki teksi mereka dan bukannya membayar sewa harian. Sistem ini hampir sama dengan Uber/Grap kecuali mereka tidak perlu membayar komisen yang tinggi pada tambang mereka untuk perkhidmatan pengangkutan ‘ride-hailing’.

Sebenarnya, banyak pemandu teksi yang memiliki kereta sendiri telah memutuskan untuk meninggalkan sistem teksi, menukar kereta mereka ke penggunaan peribadi dan menggunakan sistem Uber/Grab.

Sekiranya pemandu teksi tidak memiliki kereta sendiri maka mereka perlu menyewa kereta dari syarikat teksi.

Jadi, soalan saya kepada Rafizi adalah ini. Sekiranya pemandu teksi tidak memiliki kereta sendiri maka dari mana mereka mendapatkan kereta secara percuma tanpa membayar sebarang bayaran sewa kereta harian?

INVOKE akan menyediakan kereta secara percuma tanpa sewa?

Pemandu Teksi sepatutnya berhenti ditipu dan paksa Rafizi menunjukkan komitmennya untuk membantu mereka dengan meminta beliau menggesa larangan sepenuhnya ke atas perkhidmatan Uber dan Grab.

Ada berani, Rafizi?

http://ift.tt/2tH2IBJ

Link asal artikel:
http://ift.tt/2dMkHMa

Subscribe to receive free email updates: