Ahli PBB Mampu Realisasikan Hasrat Presiden


Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof melahirkan keazaman hasrat presiden parti tersebut, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dapat direalisasikan dengan cemerlang hasil kerja keras semua ahli.

Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata, Abang Johari merupakan seorang pemimpin yang bukan sahaja meletakkan kepentingan parti malah penting memberikan sepenuh kesetiaan kepada perjuangan parti.

"Sikap ini patut dicontohi oleh kita selaku ahli parti bermula daripada beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok diikuti Ketua PBB Zon Kuching dan sekarang ini Ketua Menteri kita," katanya.

Menurutnya lagi, PBB Zon Kuching juga patut bekerja lebih keras bagi memastikan misi dan visi Allahyarham Tok Nan dan Abang Johari meletakkan Sarawak sebagai negeri termaju dalam Malaysia akan dapat dicapai.

Fadillah turut melahirkan rasa sedih dengan kehilangan dua pemimpin PBB Zon Kuching melibatkan Allahyarham Tok Nan dan Allahyarham Datuk Daud Abdul Rahman.

"Raya kali ini kita telah kehilangan dua pemimpin di Zon Kuching iaitu Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang merupakan bekas Ketua Menteri dan Presiden kita serta ADUN Tanjong Datu.

"Kita juga telah kehilangan seorang lagi pemimpin yang banyak berjasa kepada parti iaitu Allahyarham Datuk Daud Abdul Rahman yang merupakan bekas ADUN Tupong dan menteri muda," ujarnya.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates: