Gangguan seksual dan pemerkosaan adalah jenayah yang paling kerap berlaku di seluruh dunia.
Lazimnya, wanita dan kanak-kanak perempuan sering dilaporkan menjadi mangsa lelaki gila seks.
Mengikut statistik kira-kira 36% wanita di dunia menjadi mangsa masalah keganasan seksual selain kes rogol, ia termasuklah pencabulan kehormatan dan gangguan seksual.
Walau bagaimanapun, gangguan seksual bukan sahaja boleh terjadi dengan
berlainan jantina malahan ia juga boleh terjadi sesama jantina iaitu lelaki terhadap lelaki dan perempuan terhadap perempuan.
Pelbagai usaha pencegahan dan kempen anti rogol telah banyak kali dijalankan di seluruh dunia namun usaha tersebut bagaikan tidak memberi kesan yang efektif terhadap penurunan kadar jenayah rogol.
Menyedari usaha berterusan perlu dilakukan, seorang model bernama Milo Moire dari Switzerland menjadi perbualan hangat di media sosial kerana dia telah melakukan sesuatu yang agak berlainan dalam usahanya untuk mencegah kes rogol.
Milo akan berjalan di khalayak ramai dan ditemani oleh jurugambar, dan ketika itulah Milo mengumumkan kepada orang ramai yang lalu lalang untuk memegang buah dadanya atau alat kelaminnya.-Forum@Cari