Jeti Nelayan Kampung Jaie Siap Tidak Lama Lagi


SADONG JAYA: Penduduk Kampung Jaie bakal memiliki jeti nelayan sendiri yang dijangka siap tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo berkata, projek bernilai RM100,000 dibina dalam tempoh enam bulan.

"Jeti nelayan ini akan memberi impak besar kepada penduduk kampung ini.

"Ia bukan sahaja digunakan untuk aktiviti nelayan tetapi boleh juga untuk aktiviti rekreasi," katanya.

Kampung Jaie yang majoriti penduduknya petani memiliki seramai 2,500 penduduk.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates: