Mungkin ramai yang tak tau. Dan ada juga kemungkinan mereka dah lupa dengan dakwaan yang dibuat terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Tak kurang juga mereka yang cuba menyembunyikannya.
Dalam keghairahan puak Pakatan Haprak tu menjaja cerita pasal hutang 1MDB, mereka sengaja melupakan hasil kekayaan yang dimiliki oleh Si Ketua Penipu tu sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Sehingga ke hari ini, isu berkaitan dengan akaun misteri Si Ketua Penipu tu yang bernilai sebanyak RM 3 billion masih lagi belum dijawab dan dijelaskan kepada rakyat oleh puak Pakatan.
Pendedahan yang dilakukan pada tahun 2012 itu mendakwa Si Ketua Penipu itu mempunyai seorang 'Wanita Misteri' yang dikatakan memegang akaun luar biasa berjumlah RM
3 billion itu.
Pada ketika itu, Si Ketua Penipu tu didakwa sedang sibuk mencari wanita misteri tersebut bagi mengelakkan dirinya didakwa dimahkamah. Namun sehingga ke hari ini, wanita itu masih kekal misteri.
Selain Ummi Hafilda, dakwaan mengenai akaun misteri RM 3 billion Si Ketua Penipu tu juga turut dibangkitkan oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.
Pendedahan mengenai kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Si Ketua Penipu tu mendapat liputan meluas sehingga menyebabkan beberapa NGO turut tampil membuat laporan Polis berkaitan dengannya.
Persoalannya, adakah benar akaun tersebut wujud? Dari sumber mana Si Ketua Penipu tu boleh memperolehi duit sebanyak itu dan kenapa perkara itu tidak dimaklumkan kepada umum?
Dan yang penting, apa tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang membuat pendedahan tersebut? Adakah Si Ketua Penipu tu sudah mengambil tindakan terhadap mereka sekiranya dakwaan ini hanya fitnah? Atau ianya dibiarkan senyap begitu sahaja???