NURUL IZZAH PKR LANCAR JENTERA PERANGI PAS!!!

Selepas PAS melancarkan jenteranya untuk merampas Permatang Pauh, PKR pula melancarkan jenteranya dan yakin akan mempertahankan kerusi parlimen itu dalam PRU ke - 14 nanti.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah ketika bercakap kepada media selepas melancarkan jentera PKR Negeri Pulau Pinang di Yayasan Aman, Penanti, semalam berkata, pihaknya yakin akan menang di situ.

Menurut Nurul Izzah, Parlimen Permatang Pauh mempunyai sifat sentimental yang tersendiri termasuklah pengundi yang telah memberikan mandat dan sokongan kepada bapanya.
"Dalam politik semua yang bertanding inginkan kemenangan dan menjadi wakil rakyat. Sehubungan itu kita tidak ingin zahirkan provokasi kepada mana-mana pihak ataupun golongan.
"Kemenangan adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul bagi
memperjuangkan nasib rakyat," jelasnya lagi.
Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai turut berkata, kerendahan diri, ketinggian akal adalah suatu strategi yang amat penting dalam merencanakan setiap tindakan.

Justeru, tegasnya, PKR akan tetap mempertahankan kerusi-kerusi yang ada termasuklah kerusi yang dimenangi dalam Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
"Nasib rakyat menjadi keutamaan untuk diberi pembelaan. Perjuangan bagi menentang amalan korup dan penyelewengan yang begitu ketara dalam kepimpinan Umno dan BN adalah agenda utama yang kita akan terus perjuangkan sehinggalah berjaya menenangi pilihan raya yang akan datang," katanya.
Sebelum ini, PAS kawasan Permatang Pauh telah pun melancarkan jentera pilihan raya mereka dan berhasrat untuk bertanding bagi merebut kerusi Parlimen tersebut daripada PKR.

Malah, khabar angin sebelum ini juga turut melaporkan, Nurul Izzah bakal bertanding di Permatang Pauh bagi menggantikan Wan Azizah dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang untuk memastikan PKR terus berkuasa dikubu kuat mereka itu.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :