KUCHING: Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang menghantar sepasukan peguam ke London bagi meneliti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan menyebabkan campur tangan asing dalam urusan negara ini.
Kebimbangan itu disuarakan Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub pada sidang media hari ini.
Salahuddin dipetik sebagai berkata, langkah kerajaan negeri Sarawak akan mengundang campur tangan asing dalam Malaysia.
Menurutnya, tindakan tersebut juga merupakan satu tamparan kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kenapa selepas puluhan tahun mereka (Sarawak) ambil sikap begini? Ada ia
tamparan pada pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) pada masa ini?
Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada satu majlis di Kuching pada 1 Julai berkata Sarawak akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963).
"Kita bimbang langkah (kerajaan negeri Sarawak) ini akan mengundang campur tangan asing dalam Malaysia.
"Kalau perkara ini dibawa oleh pembangkang sudah tentu kita akan dikenakan dengan pelbagai akta tetapi ini dibawa oleh kerajaan negeri sendiri," katanya dipetik Malaysiakini
Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada satu majlis di Kuching pada 1 Julai berkata Sarawak akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963).
Menurut Abang Johari, tindakan itu bagi menentukan hak-hak sebenar negeri berkenaan yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.
Difahamkan sepasukan peguam berkenaan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali akan bertolak ke London pada 16 Julai ini. – Sarawakiana