Polis Buat 'Bisnes' Dalam Lokap Diberkas


IPOH: Helah dua anggota polis menggunakan plastik sampah untuk menyeludup ma­suk beberapa barangan termasuk makanan ke dalam lokap di Balai Polis Sentral, Ipoh di sini gagal apabila mereka ditangkap kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, dua anggota berpangkat Koperal dan Lans Koperal itu ditahan dalam kereta di pekarangan balai polis berkenaan setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Difahamkan, tidak ada ‘barang’ ditemukan sewaktu peme­riksaan terhadap suspek sebelum pemeriksaan dibuat ke atas sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki kedua-dua anggota tersebut menemukan dua plastik sampah.

Katanya, plastik sampah itu mengandungi pelbagai barang termasuk bateri, rokok, minuman botol, coklat, ubat gigi, kek dan daun terup.

“Dua anggota itu ditahan setelah dipercayai cuba membawa masuk barang terlarang ke dalam lokap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

"Siasatan berhubung perkara ini sedang dijalankan sebelum diklasifikasikan mengikut seksyen bersesuaian," katanya dalam kenyataan hari ini.-Utusan Malaysia

Subscribe to receive free email updates: