PRU14: 2 ADUN Sokong Penuh Nancy Shukri


KUCHING: Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Mohd Naroden Majais dan ADUN Simunjan Awla Dris pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk meraih majoriti lebih besar.

Memetik laporan The Borneo Post, Menteri Muda Perusahaan Kecil, Sederhana dan Keusahawanan itu berkata, jentera pilihan raya di tiga konstituensi di bawah kerusi parlimen Batang Sadong merangkumi Simunjan, Gedong dan Sadong Jaya sudah aktif serta bersedia bila-bila masa pilihan raya diadakan.

"Ketiga-tiga kita dipanggil menghadiri beberapa mesyurat pelbagai peringkat di konstituensi kita untuk melengkapkan diri menghadapi pilihan raya yang dikhabarkan berlangsung lebih awal. Jadi jentera kita sudah bersedia.

"Semua kita termasuk (ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo) akan memberi sokongan padu kepada beliau (Nancy) untuk memastikan kemenangan besar di ketiga-tiga konstituensi sekaligus meraih majoriti tinggi," katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) tidak berdepan masalah mempertahankan Batang Sadong kerana ia merupakan kawasan putih berdasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 yang mana-mana ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menang bergaya.

Naroden menang dengan majoriti 3,467 undi, Aidel 3,365 undi manakala Awla 2,712 undi.

Nancy pada PRU lepaas menang dengan majoriti 11,260 undi mengalahkan calon PAS Mohamad Jolhi.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates: