Skandal 1MDB: Apandi patut ke AS kemuka hujah

DiCaprio dan supermodel Australia Miranda Kerr melakukan kesalahan dan mengelirukan kerana menyerahkan hadiah berjuta-juta dolar daripada (hartawan kontroversial) Jho Low kepada DOJ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut veteran DAP itu, kerajaan sangat tidak bertanggungjawab serta cuai secara profesional di pihak peguam negara jika tidak menghantar wakil dalam saman sivil DOJ berkenaan.
Pada 16 Jun lalu DOJ memfailkan saman ketiga bagi membolehkan mereka merampas pelbagai aset dikaitkan dengan salah guna dana 1MDB.
Aset yang ingin dirampas itu dianggarkan bernilai AS$4.5 bilion (RM19.3 bilion).
Ekoran saman itu DiCaprio dilaporkan menyerahkan semula piala Oscar pernah dimenangi aktor Marlon Brando kepada penyiasat AS. Trofi itu didakwa dihadiahkan kepadanya oleh Jho Low.
Pelakon terbabit juga mengembalikan beberapa hadiah lain yang didakwanya diterima sebagai cenderamata untuk satu majlis lelongan amal.
Tidak lama kemudian Miranda juga dilaporkan mengembalikan barang kemas dihadiahkan kepadanya - bernilai AS$8.1 juta (RM34.6 juta) kepada DOJ.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :