SPR Tidak Perlu Kemuka Perincian Maklumat Pengundi



PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu mengemukakan perincian mengenai kod lokaliti dan nama bagi 136,272 pengundi yang diragui di Selangor semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003 dan 1994.

Perkara tersebut diputuskan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebentar tadi diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh selepas membenarkan rayuan SPR dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Panel tersebut juga memutuskan kerajaan negeri Selangor tidak dibenarkan memeriksa balas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berhubung cadangan perundangan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi kerusi Parlimen dan Dun di negeri itu.-Sinar Harian

Subscribe to receive free email updates: