Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan keluarga hari ini menghadiri sambutan hari raya Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menulis di Facebook selepas acara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada TMJ dan isteri kerana sudi mengundang beliau seisi keluarga.
“Sebagai seorang anak lelaki, patik sangat gembira apabila melihat ibu bapa patik
gembira. Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih Tunku,” katanya.
Beliau juga berkata TMJ berpesan kepadanya supaya tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak.
“Yang lebih mustahak, Tunku sentiasa memberi nasihat supaya saya tidak diperalatkan oleh mana mana pihak. Saya kena sentiasa peka akan siapa kawan dan siapa lawan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan rela diperalatkan untuk tujuan yang tidak baik.
“Terima kasih Tunku dan Che Puan. Patik berharap bahawa patik tidak akan mengecewakan Tunku.
“Patik akan sentiasa berjuang untuk Malaysia yang lebih baik dan Johor yang adil dan makmur,” katanya.
Dalam tulisan itu, bekas pendebat terbaik Asia itu juga membangkitkan kembali pesan Tunku Ismail terhadap keperluan untuk “membersihkan sistem” secara keseluruhannya, bukan hanya perubahan kosmetik.