West Ham setuju ikat Chicharito



LONDON: West Ham United mengesahkan bersetuju untuk menandatangani penyerang Mexico, Javier Hernandez dari kelab Bayer Leverkusen, Jerman awal pagi tadi.

Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid berusia 29 tahun itu yang dikenali sebagai 'Chicharito', dijangka tiba di London dalam masa terdekat untuk menjalani ujian kesihatan dan melengkapkan syarat-syarat pemindahan.

Media British melaporkan pemindahan Hernandez itu bernilai 16 juta pound (RM89 juta).

Hernandez menyertai United dari Chivas pada tahun 2010 dan menjaringkan 59 gol dalam 156 penampilan, selain pernah dipinjamkan ke Madrid sebelum menyertai Leverkusen pada Ogos 2015.

Di Jerman, dia meledak 39 gol dalam 76 perlawanan dan namanya berada dalam senarai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Mexico selepas menjaringkan gol ke-47 di peringkat antarabangsa dalam penampilan ke-91 ketika menentang Croatia, Mei lalu. - Reuters

Subscribe to receive free email updates: