BARU TANDATANGAN IKRAR, TAKKAN DAH ISYTIHAR BEBAS RASUAH?

Menjadi kaya dan memiliki kekayaan, biar banyak mana sekali pun jumlahmya tidaklah menjadi kesalahan, asalkan ia diperolehi dengan cara yang betul dan melalui saluran yang tidak bersalahan dengan undang-undang.

Yang salah hanyalah jika kekayaan itu diperolehi dengan cara rasuah atau menjalankan perniagaan yang bertentangan dengan undang-undang.

Dalam kes Ahmad Zahid Hamidi, perkara yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad ialah daripada mana dan bagaimana kekayaan sebanyak RM230 juta yang dilaporkan dimilikinya pada tahun 1996 itu diperolehi.

Dulu Tun Mahathir berkata, jawapan Zahid Hamidi mengenai kekayaan itu tidak berapa meyakinkan, maka tanggungjawab beliau sekarang hanyalah perlu memberi penjelasan yang benar-benar jujur, betul dan tepat mengenainya.
UICTFontTextStyleBody;">
Rata-rata ramai yang tahu beliau ketika itu adalah ahli korporat dengan memiliki saham di beberapa syarikat senaraian awam, selain menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional.

Kesediaan Zahid Hamidi agar SPRM menyiasat kekayaannya memang dialu-alukan dan jika benar kekayaannya diperolehi dengan cara yang betul dan melalui perniagaan yang diuruskannya, tiada apa yang harus dibimbanginya.

Lebih baik dan berwibawa, jika kekayaan Zahid Hamidi yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir itu tidak sekadar disiasat oleh SPRM, tetapi juga oleh badan penyiasat bebas dan kemudian hasilnya didedahkan kepada orangramai.

Cuma, yang agak menjegkelkan serta sedikit keterlaluan, sementara beliau bersedia dirinya disiasat dan siasatan belum pun dijalankan lagi, hanya baru menyaksikan majlis menandatangani ikrar bebas rasuah bersama Jabatan Imigresen saja, Zahid Hamidi sudah dengan penuh yakin mengisytihatkan dirinya, KDN dan jabatan-jabatan di bawahnya sebagai bebas rasuah.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :