ISYARAT AWAL KEJATUHAN BN?

Sepuluh hari lalu, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memohon sumbangan orangramai untuk membayar ganti rugi dan kos lain berjumlah RM300 ribu berhubung saman fitnah berkaitan NFC terhadap dirinya.

Dalam kes berkenaan, Rafizi telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan sedang dalam proses rayuan ke Mahkamah Rayuan yang ditetapkan pada Oktober depan.

Meskipun dalam proses rayuan, beliau tetap dikehendaki membayar denda itu terlebih dahulu dan kegagalan berbuat demikian memungkinkan tindakan muflis diambil terhadapnya.

Mengakui tidak selesa memohon sumbangan orangramai, tetapi Rafizi tiada pilihan lain kerana wang simpanannya sudah habis dibelanjakan untuk menubuhkan Invoke dan menggerakkan
programnya jelajah ke seluruh negara dengan harapan rakyat mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan kerajaan baru selepas pilihanraya akan datang.

Lantaran itu, beliau yang mungkin tidak bertanding lagi dalam PRU 14 berikutan sekatan undang-undang kerana turut dijatuhi hukuman dalam kes lain, tetapi kekal gigih membantu Pakatan Harapan, telah memuat-naik rayuan memohon sumbangan tersebut di laman Facebook miliknya.

Setelah sepuluh hari, sungguh mengejutkan, sumbangan orangramai yang diterimanya melebihi jangkaan iaitu lebih RM1.5 juta, berbanding cuma RM300 ribu yang diperlukannya. Turut memberi sumbangan kepadanya ialah beberapa Ahli Parlimen Pas.

Sokongan dan simpati orangramai dengan sedia memberi sumbangan itu bukan saja tanda mereka mengiktiraf serta menghargai peranan Rafizi mendedahkan beberapa penyelewengan selama ini, bahkan merupakan isyarat nyata bahawa rakyat tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan kerajaan baru bagi mengggantikan kerajaan lama yang penuh masalah dan nanah ini.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :