KIT SIANG TUNJUK SIKAP "ABANG BESAR" DALAM PAKATAN!!!

Nampak gayanya, DAPigs masih tidak berpuas hati dengan PKR walaupun parti itu menyatakan pendirian untuk menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat sebelum ini.

Tindakan DAPigs ini dilihat sebagai satu langkah retaliasi terhadap pendirian PKR yang sebelum ini mahu mewujudkan kembali kerjasama Politik dengan PAS tanpa melibatkan Pakatan.

Ini bukan kali pertama DAPigs mengambil tindakan sedemikian. Dan Johor bukan satu - satunya Negeri yang menimbulkan pergolakan diantara kedua - dua parti dalam gabungan tersebut.

Sebaliknya, DAPigs melalui Penasihat partinya, Lim Kit Siang pernah membuat tuntutan yang sama untuk bertanding kerusi PKR di Kedah dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Kawasan yang menjadi sasaran DAPigs di Kedah ialah Gurun dan Kulim dimana DAPigs mendakwa PKR telah GAGAL untuk mempertahankan kerusi tersebut sewaktu PRU yang lalu.

Kali ini, Lim Kit Siang berpindah pula ke Johor dan membuat tuntutan yang sama, mahu bertanding di kawasan yang diperuntukkan kepada PKR sewaktu dalam PRU ke 13 yang lalu.

Susulan tuntutan itu, Pengerusi PKR Johor menegur cara Lim Kit Siang menyatakan perkara berkenaan dan memberitahu hasrat itu perlu terlebih dahulu mengikut saluran yang betul.
“Kami ingin mengulang sekali lagi bahawa ada disediakan mekanisme pengagihan kerusi sesama anggota Pakatan Harapan (PH) dan diharap semua pemimpin parti komponen mematuhinya, bukan menyatakan secara terbuka di blog atau media,” kata Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
Walaupun PKR Kedah sebelum ini bersikap terbuka dengan cadangan berkenaan, Naib Presiden parti itu Tian Chua berkata Kit Siang seharusnya membincangkannya secara dalaman.

Namun ianya berbeza dengan PKR Johor yang jelas kelihatan seperti tidak bersedia untuk melepaskan mana - mana tiga kerusi yang telah dinyatakan oleh Penasihat DAPigs itu sebelum ini.

Alasan PKR, pihak mereka telah bekerja keras di peringkat akar umbi sejak 2013 di kerusi-kerusi itu, dan sudah mengenal pasti calon berpotensi yang telah dilantik sebagai penyelaras.
“Mereka yang dilantik itu dan pasukan masing-masing bekerja keras sejak beberapa tahun lalu dan kami sangat yakin mereka adalah individu terbaik yang mampu menarik pengundi dan mencipta sejarah memenangi kerusi Johor Bahru, Pasir Gudang dan Tebrau," katanya.
Dalam erti kata lainnya, DAPigs kini sudah semakin berani menunjukkan sifat Dominasi mereka dalam Pakatan melalui tuntutan sedemikian, selain hasrat ingin membalas dendam terhadap Pengkhianatan PKR yang mahu bekerjasama dengan PAS!!!

Subscribe to receive free email updates: