Huh! Tak sampai sebulan puak DAPigs tu berkokok dan berbangga diri kononnya diorang berjaya angkat sumpah Ikrar Bebas Rasuah dengan tambahan 10 perkara yang lebih baik dari orang lain.
Hari ni, dah tersebar pulak cerita pasal pejabat salah seorang Exco Rejim DAPigs Pulau Pinang tu diserbu oleh pegawai dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Memetik laporan The Star, pegawai-pegawai itu menyerbu pejabat Exco Kebajikan Masyarakat, Penyayang dan Alam Sekitar yang terletak di tingkat 53 pejabat pentadbiran negeri kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Serbuan terbaru itu dipercayai susulan kepada siasatan SPRM ke atas sebuah kilang haram di Kampung Sungai Lembu.
Khamis lalu, pegawai SPRM turut merampas dokumen berkaitan kilang Kampung Sungai Lembu dari Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).
Beberapa anggota
SPRM dikatakan telah mengambil dokumen dari pejabat majlis di Bandar Perda pada jam 10.30 pagi sebelum keluar tiga jam kemudian.
SPRM dan beberapa agensi penguatkuasa turut menyerbu kilang itu pada hari Khamis, berikutan aduan dari penduduk kampung yang menyuarakan kebimbangan ekoran asap dari kilang itu boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Menurut laporan lanjut, kilang yang memproses penapis karbon itu di tanah pertanian di dalam ladang kelapa sawit tersebut telah beroperasi selama lebih daripada 10 tahun.
Katanya, operasi terhadap kilang haram itu juga turut melibatkan pegawai dari Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Apa yang pasti, serbuan itu membuktikan bahawa Rejim DAPigs Pulau Pinang ni tidak benar - benar serius nak menangani rasuah dibawah pentadbiran Rejim pimpinan mereka sendiri.
Itu pun ada hati nak bangga kononnya diorang ada cara yang lebih baik untuk menangani rasuah. Nampak sangat yang diorang sebelum ini angkat sumpah lafaz ikrar hanya sekadar dimulut sahaja. Bukannya dari segi perbuatan!!!