Pengumuman perdana menteri di Amerika Syarikat (AS) untuk melaburkan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah berbilion dolar lagi di negara itu mengundang kesangsian daripada dalam negara.
Sayap pemuda kumpulan pendesak Melayu PERKASA mempersoalkan kenapa wang pencen rakyat Malaysia itu harus digunakan untuk pelaburan besar itu.
“Saya tidak kata pelaburan yang dibuat adalah salah tetapi mengapa KWSP terlibat?
“Adakah pada ketika ini kita hanya bergantung kepada sumber kewangan KWSP untuk membuat pelaburan?” Soal ketuanya Irwan Fahmi Ideris.
Dalam pertemuan dengan Donald Trump di Rumah

Putih semalam, Najib memberitahu presiden AS bahawa Malaysia berminat melabur tiga atau empat bilion dolar lagi untuk mendukung kemudahan pembangunan semula negara itu.
Katanya, Malaysia mempunyai modal besar melalui KWSP untuk dieksport dan telah pun melabur hampir AS$7 bilion dalam bentuk ekuiti.
Pelaburan KWSP itu antara tiga cadangan yang dikemukakan Najib kepada Trump selain pembelian puluhan pesawat AS dan pelaburan syarikat pelaburan negara Khazanah dalam bidang teknologi tinggi di Silicon Valley.
Dalam kenyataan hari ini, Irwan berkata KWSP tidak sepatutnya dilihat modal utama kerajaan untuk membuat pelaburan yang besar sebegitu.
Katanya, dana KWSP adalah simpanan rakyat Malaysia untuk hari tua dan tidak harus berdepan risiko.
“Adakah ada jaminan yang pasti pelaburan ini tidak gagal?
Read More / Baca Lagi >>