Amanah bantah penubuhan JITN, bimbang pemusatan kuasa PM

Salahuddin Ayub bimbang langkah itu akan memusatkan kuasa perdana menteri dan mengurangkan kebebasan SPRM.
amanah-parti-1-1Amanah turut membantah cadangan menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) kerana bimbang langkah itu akan memusatkan kuasa perdana menteri dan mengurangkan kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri di JPM Datuk Paul Low Seng sebelum ini berkata JITN ditubuhkan bagi memastikan agensi penguatkuasa memantap dan tertumpu kepada fungsi utama iaitu menyiasat kes salahguna kuasa dan rasuah secara mendalam di samping memastikan tuduhan yang berkesan supaya pendakwaan tercapai.
Timbalan Presiden Salahuddin Ayub hari ini mempertikaikan keperluan sebuah jabatan baharu di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana khuatir akan berlaku pertindihan skop kerja dengan agensi penguatkuasa seperti SPRM.
“Saya bimbang SPRM akan diletakkan di bawah JITN. Kebebasan, kewibawaan dan integriti SPRM semakin berkurang
dengan wujudnya JITN kelak,” kata Salahuddin pada sidang media di ibu pejabat Amanah hari ini.
SPRM sekarang ini dipantau oleh 5 badan bebas: Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR); Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah; Jawatankuasa Aduan; Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah.
Salahuddin menyokong tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad menggesa kerajaan mengkaji semula cadangan penubuhan JITN 26 September lalu.
Dzulkifli berkata tiada keperluan untuk menubuhkan jabatan yang akan mempunyain peranan yang sama dengan SPRM, Institut Integriti Malaysia, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :