SOLAT HAJAT PAS "HARAM", BAKAL CETUS HURU HARA!!!

PAS nak buat Solat Hajat pun PAN tak bagi? Wah! Hebat sungguh parti Ternakan DAPigs pimpinan Si Mat Sabu ni sampai tahap orang nak buat solat hajat pun nak dihalang secara terbuka.

Alasan yang diberikan PAN Kubang Kerian juga tidak masuk akal apabila mereka membuat dakwaan kononnya solat hajat yang dianjurkan oleh PAS itu hanya akan mencetuskan huru hara.

Bahkan, tambah memburukkan lagi keadaan ialah apabila PAN Kubang Kerian turut membuat laporan Polis terhadap niat PAS yang mahu menganjurkan solat hajat didepan Wisma Tok Guru.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, sayap parti itu merancang mengadakan solat hajat di situ kerana mendakwa tanah dan bangunan Wisma Tok Guru adalah milik PAS Kelantan.
“Kami hanya akan mengadakan solat hajat di tanah milik kami yang dibeli secara sah mengikut undang-undang. Ia umpama kita solat di rumah kita sendiri, tiba-tiba ada jiran membuat laporan polis mengatakan akan berlaku huru hara. Ini agak menghairankan,” katanya di Kota Bharu, hari ini.
Difahamkan PAN Kubang Kerian telah membuat laporan polis berikutan hasrat DPPK itu yang mahu mengadakan solat hajat di Pejabat Pusat Khidmat DUN Salor di Kampung Pendek.

Ketua PAN Kubang Kerian, Fauzi Muhammad dilapor mendakwa, hasrat PAS itu hanya sekadar berbentuk provokasi yang boleh menggugat keamanan dan mencetuskan huru-hara. 

Menurut satu laporan yang disiarkan sebelum ini, hartanah yang menempatkan Pejabat Pusat Khidmat DUN Salor dan PAN di Mukim Pendek itu kini sudah dijual oleh pemilik asalnya.

Pemiliknya, isteri kepada Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim, Datin Haripah Dollah katanya sudah menjualkan hartanah itu kepada seorang ahli PAS dengan harga RM700,000.

Urusan pindah milik selesai 18 September lalu, berikutan itu notis dikeluarkan pejabat peguam bagi membolehkan mereka yang berada di bangunan di situ mengosongkannya dalam tempoh sebulan. Notis pengosongan ditampal di pagar bangunan itu pada 12 Oktober lalu.

Subscribe to receive free email updates: