AHLI PPBM PAHANG DESAK PARTI DIHARAMKAN!!!

Bukan orang UMNO, bukan orang PAS dan bukan juga dari kalangan mereka yang tak setuju dengan perjuangan peribadi yang menjadi tunjang penubuhan PPBM yang buat desakan ini.

Tapi sebaliknya desakan agar RoS mengharamkan pendaftaran PPBM datangnya dari kalangan ahli parti itu sendiri. Ianya dibuat secara terang - terangan dan bukannya berselindung.

Jika sebelum ini, ramai yang berpendapat agar PPBM itu dimansuhkan dan semua ahli parti itu boleh menyertai DAPigs, PAN atau PKR sekiranya benar mereka mahu berjuang demi rakyat.

Kali ini, dikalangan ahli parti itu sendiri yang tampil membuat desakan agar RoS membatalkan pendaftaran PPBM kerana didakwa telah menipu ahli diperingkat akar umbi secara terbuka.

Katanya, ahli - ahli diperingkat akar umbi khususnya golongan muda berasa tertipu dan diperbodohkan tentang kewujudan sayap Bersatu yang tidak wujud dalam perlembagaan parti tersebut.

Selain itu, ahli - ahli akar umbi PPBM juga turut hilang keyakinan kepada kepimpinan parti itu juga mendesak Ketua Armada
PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan jawatan.
"Tun Dr Mahathir Mohammad selaku Pengerusi Bersatu dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kena bertanggungjawab penuh atas penipuan besar ini yang mana selama lebih setahun kami menyokong perjuangan ini atas dasar percaya tetapi kini kamu sedar dipermainkan.
"Kami diakar umbi diperbodohkan dengan begitu mudah dan kami mendesak ROS supaya membatalkan pendaftaran Bersatu kerana mereka penipu danTun Dr Mahathir dan Syed Saddiq kena meletak jawatan," katanya pada  sidang media di sini, hari ini.
Jelas salah seorang ahlinya berkata, ahli akar umbi berasa diperdaya oleh kepimpinan parti berkenaan yang dilihat tidak menjalankan tanggungjawab  dengan baik dalam membela mereka.

Bahkan katanya, tindakan pengharaman parti itu oleh ROS adalah amat wajar dalam memberi pengajaran kepada kepimpinan parti berkenaan supaya bersikap bertanggungjawab.
"Kami ahli-ahli Armada Pahang bersepakat menyatakan kami ditipu hidup-hidup oleh Tun Dr. Mahathir dan Syed Saddiq, kononnya Armada ini wujud sedangkan hakikatnya sayap imi haram dan tidak wujud di sisi ROS.
"Kami secara jujur dengan rasa tertekan mendesak ROS supaya membatalkan terus pendaftaran parti Bersatu sebagai pengajaran," katanya.
Tindakan itu dibuat ekoran pendedahan RoS berhubung status sayap pemuda PPBM, Armada yang dikatakan tidak termaktub didalam perlembagaan parti dan tidak sah penubuhannya mengikut akta Pendaftaran Pertubuhan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :