AKHIRNYA HUSAM MENGAKU WISMA TOK GURU MILIK PAS!!!

Naib Presiden PAN, Husam Musa mendakwa PAS melanggar undang - undang syariah ketika membeli tanah menempatkan Wisma Tok Guru di Salor, Kelantan yang kini menjadi rebutan kedua-dua parti itu.

Adun Salor itu berkata, selepas pemiliknya, Datuk Rosli Ibrahim meninggal dunia, PAS membeli tanah itu dengan menawarkan RM700,000 kepada isteri arwah yang masih dalam tempoh edah.
“PAS bawa ADO (penolong pegawai daerah) dari pejabat Kota Bharu pergi ke rumah untuk ‘sign’ borang 14A, walaupun melanggar perintah pekeliling PTG (Pejabat Tanah dan Galian) Bil 5 yang menyatakan pegawai pejabat tanah tidak boleh pergi ke rumah orang tukar nama orang (pemilik) atau tukar nama tanah.
“Tetapi PAS sanggup buat macam tu dan beli tanah itu,” katanya dalam blognya hari ini.
Rosli meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II Kota Bharu pada 27
Julai lalu, dipercayai akibat komplikasi paru-paru. Beliau memenangi kerusi DUN Salor atas tiket Semangat 46 pada 1990.

Husam berkata, waris tanah pusaka itu belum ditentukan kerana perbicaraan hanya akan diadakan di Mahkamah Syariah pada 9 Januari 2018.
“Datuk Rosli dan isterinya tidak ada anak (oleh itu) adik-beradiknya layak menerima pusaka.”
Katanya, beliau sudah memfailkan injunksi di mahkamah sivil Ahad lalu bagi menghalang Setiausaha Kerja PAS Kelantan, Mohamad Yasin Yusof dan PAS mengganggu pejabatnya di Wisma Tok Guru.

Wisma Tok Guru menempatkan pejabat Amanah Kelantan dan adun Salor daripada parti serpihan PAS itu. Bangunan itu menjadi rebutan apabila Yasin dikatakan membeli tanah bangunan itu daripada waris pemiliknya, Datuk Rosli Ibrahim.

IRONIKnya, sebelum ini Husam mendakwa dia memiliki Wisma Tok Guru itu secara sah. Namun kenyataan yang dibuat itu membuktikan bahawa Wisma Tok Guru itu dimiliki oleh PAS.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :