DALAM tempoh sehari, kerajaan yang sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya membatalkan skim tak masuk akal untuk meraih untung daripada kepesatan perniagaan Umrah di Malaysia.
Perdana Menteri Najib Razak mengatakan beliau tidak bersetuju bakal jemaah dikenakan bayaran untuk memohon visa Umrah di bawah Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Bersepadu (IMAMS) yang diuruskan syarikat swasta.
Menteri Pelancongan Nazri Aziz dipetik sebagai berkata yang beliau membatalkan sistem itu kerana ia jauh berbeza daripada maklumat yang beliau terima dan bentangkan kepada Parlimen.
Timbalannya, Mas Ermieyati Samsudin mengatakan beliau membatalkannya kerana orang bukan Islam menguruskan sistem yang diwujudkan untuk menguruskan ibadah umrah dan akan memberikan tumpuan untuk memperkukuhkan pengurusan pemantauan serta menangani penipuan pakej umrah yang banyak berlaku.
Biar betul? Itu bukanlah rungutan daripada

industri dan bakal jemaah. Lebih daripada 300,000 bakal jemaah yang akan menunaikan umrah tahun depan mahu mengetahui mengapa mereka perlu bayar caj tambahan RM90.10?
Bukan kerana sistem itu kendalian orang bukan Islam.
Lagipun, Nazri juga mengatakan yang perkhidmatan itu hanya berharga RM40 dan tidak wajib.
Bagaimana ada orang boleh tersalah tafsir idea seorang menteri dan melaksanakan sistem wajib dipatuhi semua ejen perniagaan Umrah?
Bagaimana boleh tak ada seorangpun terfikir yang akan wujud tentangan daripada bakal jemaah yang sejak bertahun menyimpan duit untuk melakukan Umrah?
Siapa yang memutuskan untuk membenarkan semua ini dan melancarkan sistem itu? Adakah menteri, timbalan menteri atau pegawai kementerian?
Ia bukanlah keputusan yang dibuat dalam tempoh singkat. Sistem itu perlu dibangunkan, diuji dan menerima maklum balas daripada pihak berkuasa Arab Saudi dan industri. Tidakkah semua perkara ini dilakukan dan dipertimbangkan?
Read More / Baca Lagi >>