PPBM ancaman kepada BN Perak

R Ganesan percaya parti pimpinan Dr Mahathir boleh mencetuskan tsunami Melayu menyokong PH.
r-ganesanSeorang pemimpin MIC memberi amaran kepada BN bahawa ada kemungkinan PPBM cukup popular di Perak untuk mengakibatkan tsunami Melayu menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya bukan bersikap negatif,” kata bekas ketua MIC Perak dan bekas speaker Dewan Undangan Negeri R Ganesan. “Tetapi nampak seperti akan ada tsunami Melayu pada 2018, memandangkan PPBM bersama pembangkang.”
“Saya cuma bersikap realistik.
“Pemimpin PPBM sentiasa bersama kami dan tiba-tiba mereka sekarang bersama pembangkang. Jadi kita tidak tahu tahap kekuatan mereka dan sokongan kepada mereka.”
Ketua MIC Ipoh Timur itu berkata persoalan terbesar ialah pertimbangkan sedalam mana undi Melayu akan berpecah.
“Kamu ada Umno, PAS, PKR, Amanah dan PPBM bersaing mendapatkan undi Melayu,” katanya, dan berkata PPBM mungkin boleh menarik banyak undi daripada Umno kerana ia diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau bagaimanapun berkata BN boleh menarik nafas lega kerana PAS tidak bersama gabungan pembangkang.
“Pertandingan 3 penjuru akan memberi manfaat pada kita kerana PAS akan membawa pergi sebahagian sokongan pembangkang daripada mereka,” katanya.
Beliau berkata PAS hanya memenangi beberapa kerusi negeri pada pilihan raya lepas dan itupun dengan majoriti tipis.
“PAS tidak akan berjaya kalau bersendirian,” katanya, mengambil contoh prestasi parti Islamis itu dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar 18 bulan lepas. Dalam pertandingan pelbagai penjuru itu, Amanah dan PAS merebut blok undi yang sama dan perpecahan itu menguntungkan BN, katanya.
“Senario sama akan berulang,” katanya. “Persoalan utama ialah berapa banyak undi yang PPBM akan bawa pergi dari Umno.”
Pada 2008, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tumbang ke tangan pembangkang dan sesetengah pemerhati merasakan kekalahan BN akibat tsunami India.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: