ZAMAN KLEPTOKRASI: SONGLAP TANAH FELDA BUKAN PERKARA LUAR BIASA

KES manipulasi (atau menipu la si?) agensi kerajaan oleh pihak-pihak yang berkabel besar dan akrab dengan kepemimpinan negara nampaknya semakin menjadi-jadi.
 
Najib membahagikan zakat tapi siapa pembayarnya?
Yang terbaru dan sensasi adalah silap mata kehilangan hak milik tiga bidang tanah Felda di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM270 juta. Nilai setelah dibangunkan dianggar melebihi RM1 bilion.
"
"
[Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Sebelum itu kita didedahkan kepada skandal 1MDB, penjualan tanah TRX kepada Tabung Haji, pemberian dan pembatalan kontrak/konsesi Bandar Malaysia kepada syarikat negeri China, kemerosotan RM160 bilion rizab antarabangsa Bank Negara 2013-15, kerugian besar badan pelaburan awam dalam IPO Felda Global, pembelian hotel melebihi harga pasaran oleh Felda Investment Corporation (FIC), pembelian mahal ladang Eagle High milik (Tan Sri) Peter Sondakh di Indonesia, penggunaan duit Mara untuk menaja pasukan bola Kelantan, percubaan “memeras” jemaah umrah dan memungut GST melalui sistem IMAMS, penukaran status rumah Bumiputera di Johor dan banyak lagi.
Dalam hampir semua kes ini, pelaku mempunyai kaitan dan perhubungan luar biasa dengan Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak.
Ambil contoh siri skandal terbaru yang melanda Felda. Boleh dikatakan semuanya dikesan berlaku ketika (Tan Sri) Mohd Isa Abdul Samad menjadi Pengerusi Felda dan Felda Global Ventures (FGV).
Dari awal lagi ramai terkejut dan tidak setuju dengan pelantikan Isa kerana sebelum Najib naik menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri pada tahun 2009, Isa ini adalah orang buangan Umno.
Pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dia didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno dan digantung selama dua penggal. Puncanya duit.
Dia didapati bersalah terlibat dengan politik wang. Tetapi apabila Najib jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri pada April 2009, Isa dipulihkan dan dimartabatkan semula.
Dalam masa lima bulan Najib jadi Perdana Menteri, Isa dipilih sebagai calon Umno/Barisan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan menang.
Pada tahun 2012 dia dilantik Pengerusi Felda dan terus menjadi penyokong tegar Najib dalam penswastaan aset Felda melalui tawaran permulaan awam (IPO) FGV. Hadiahnya adalah Isa mendapat gaji lumayan, pemilikan saham dan dipilih bertanding kerusi Parlimen Jempol dalam Pilihan Raya Umum 2013.
 
Isa dan isteri: pasangan “power” dalam politik Umno
Asal-usul Najib dan Isa menjadi ibarat aur dengan tebing, isi dengan kuku, adik dengan abang sudah menjadi bahan spekulasi dan andaian sejak berdekad-dekad lamanya.
Begitu akrab Najib dan Isa sehingga penangkapan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes pembelian mahal dua buah hotel oleh FIC tidak menjejaskan ketaasuban Najib terhadap Isa.
Sebaik sahaja Isa “diberhentikan” daripada Felda akibat tangkapan itu, Najib melantik beliau sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD).
Seorang rakan golf Najib memberitahu saya baru-baru ini yang Isa mungkin tidak akan didakwa dalam kes pembelian dua buah hotel itu. Alasannya dia sudah cukup menderita dan malu akibat tangkapan dan tahanan reman itu, kata kawan Najib itu.
Malang Felda
Dalam kes terbaru “penyongelapan” tanah Felda itu pun, ada tanda bahawa individu atau individu-individu terbabit mempunyai pertalian dan pautan dengan Perdana Menteri.
Dalam tampalan (posting) Facebook saya pada 23 Disember lepas, saya bertanya: “Boleh sesiapa beri pencerahan mengenai kaitan berita dan gambar ini dengan skandal kehilangan hak milik tanah Felda Jalan Semarak.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: