KEMPEN #UNDIROSAK KERJA ORANG KECEWA!!!

Kalau difikirkan dengan waras, memang kempen #UndiRosak ni tidak memberi sebarang keuntungan kepada mana - mana pihak. Tapi kempen itu wujud kerana ada yang tak puas hati.

Apa yang pasti, kempen #UndiRosak itu tidak sama dengan perjuangan puak - puak Bershit yang mendakwa kononnya sistem Pilihan Raya di Malaysia ni tidak dilaksanakan dengan adil.

Sebaliknya, kempen #UndiRosak ni adalah manifestasi terhadap kekecewaan puak Pakatan Haprak tu dengan keputusan yang mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara.

Pengikut Pakatan Haprak tu cuba mendesak agar pucuk pimpinan mereka menolak pencalonan yang dibuat ke atas bekas Perdana Menteri itu dan digantikan dengan calon dari kalangan mereka sendiri.

Namun malangnya, pucuk pimpinan Pakatan Haprak tu lansung tidak mempedulikan bantahan serta desakan yang diluahkan oleh pengikut mereka yang berada diperingkat bawahan.

Sebaliknya, pengikut - pengikut puak Pakatan Haprak tu pulak yang dituduh melakukan kesilapan kerana tidak memberikan nama calon yang sesuai bagi menjawat jawatan tersebut.

Tapi apa yang pasti, kempen #UndiRosak ni hanya sekadar satu kerja yang sia - sia. Bak kata YAB Menteri Besar Pahang, kempen itu hanya sekadar satu usaha sabotaj terhadap Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!

Subscribe to receive free email updates: