Radzi Zainon, Adun Sungai Rapat dah jadi Mat Jenin akhirnya...

PAS MENANG 30 KERUSI DI PERAK - RADZI

Maka berangan-anganlah ala Mat Jenin, Adun Pas Sungai Rapat YB Radzi Zainon dengan bilangan lebih 40 kerusi yang Pas akan bertanding dalam PRU 14 nanti.

Tak tahulah macam mana datangnya perkiraan kawan kita ni dengan hanya 4 kerusi yang Pas ada sekarang ini, tiba-tiba dia kata Pas boleh menang 30 kerusi? Jika Allah takdirkan?? Hahaha lawak betul kawan kita ni.

Memanglah, apa-apa pun boleh berlaku dengan izin dan ketentuan Allah... Kalau dah gitu, buat apa Radzi kata nak menang 30 kerusi sahaja??

Lebih daripada empat puluh kerusi ini bermakna, kalau Allah takdirkan, Allah izinkan kita menang dalam DUN Perak ini simple majority….

Kalau dah begitu yakin boleh menang sehingga 3o kerusi, buat apa Radzi mai pujuk Kak Ji Batu Gajah; ajak dia kembali semula kepada Pas?

Lepas tu ada pula walauntit yang viralkan kononnya Kak Ji dah masuk Pas semula menyebabkan ramai kawan-kawanya yang marah-marah dan bertanya, "Kenapa Kak Ji keluar AMANAH?"

"Dok eh! mananya! Tak sior nak balik ke Pas! Siapa yang bawa cerita ni?" Begitulah reaksi Kak Ji bila ada orang bertanya yang kononnya dia kembali kepada Pas.

Berkut adalah rakaman sebahagian daripada ucapan vital Radzi Zainon ketika Himpunan Hijau Pas di Larut pada 27 Jan lalu, diikuti transkrip ucapannya dibawah:

 Kalau kita, Allah menangkan 30 kerusi, bermakna kita lebih satu kerusi daripada Pakatan Harapan dan lebih dari Umno Bn…yang mungkin campuran antara mereka itu berjumlah hanya 29 kerusi …kita 30 menang simple majority! 
 Ini tidak mustahil, hadirin dan hadirat yg dihormati sekalian. Kalau seandainya rakyat, masyarakat, terutamanya orang-orang Melayu Islam, dapat memberikan keyakinan yang sebenar-benarnya mendokong, menyokong dan memastikan semua calon-calon Pas dapat diberikan undi dan diangkat menjadi pemimpin-pemimpin mereka dalam semua Dun yang Pas betanding…

Subscribe to receive free email updates: