TV3 membohongi para mufti diseluruh negara dengan berita bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir Mahathir telah mengkafirkan mereka dalam buletin utamanya dengan memutarbelitkan ucapan penggulungan yang sebenar Mahathir di Perhimpunan Agong Parti Peribumi Malaysia baru baru ini.
Ucapan sebenar Mahathir sila link kepada YouTube :https://youtu.be/UttXaoca4Pg
Pembohongan TV3 ini telah digunakan pula oleh Utusan Malaysia untuk mengexploitasi Mufti Perak Tan Sri Harussani yang tidak pun mendengar ucapan ini bagi kepentingan politik UMNO.
Dr. Mahathir sebenarnya berkata apabila Pas menghukum orang-orang Islam yang tidak masuk PAS sebagai kafir maka mufti yang tidak masuk Pas juga tentunya digolongkan oleh Pas sebagai kafir.
Mahathir berkata jika mufti-mufti mengambil tanggungjawab menyangkal fatwa Haji Hadi itu maka tidaklah akan berlaku peristiwa berdarah Memali.
Mengenai tuduhan Mahathir tidak merujuk fatwa Hadi itu kepada Mufti-Mufti, Mahathir memang diketahui semasa menjadi Perdana Menteri tidak mahu mencampuri hak mufti-mufti yang terletak di bawah Raja-Raja Melayu
walaupun beliau tidak puas hati dengan sikap mereka terutama dalam soal Al-Arqam.
Mufti Perak telah diketahui membuat beberapa kesilapan yang menimbulkan kemarahan orang Islam dan tanpa disedarinya menjadi alat kepada porpaganda Krisitian.
Umpamanya ketika saya menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu, saya telah menyiarkan sebuah berita tentang dakwaannya mengatakan lebih 200,000 orang Islam di Singapura memeluk agama Krisitian kerana memikirkan sebagai mufti beliau telah mendapat dari sumber yang sah tetapi dinafikan dengan keras oleh badan Islam yang bertanggungjawab di Singapura.
Harus diingatkan walaupun hanya sorang memeluk agama Islam, akhbar-akhbar Melayu akan membesarkan berita itu maka fikirkanlah betapa besarnya sumbangan Mufti Harussani kepada imej Kristian bila beliau sebagai seorang mufti membuat suatu dakwaan palsu yang menaikkan imej Kristian.
Demikianlah juga beliau sekarang sebagai seorang mufti merelakan dirinya menjadi alat porpaganda UMNO.
Sehingga ini juga Mufti-mufti tidak bersuara samaada benar atau tidak baiah yang dikenakana terhadap pemimpin Pas oleh Haji Hadi dan Nik Aziz sekiranya wakil-wakil rakyat Pas di Kelantan keluar dari Pas maka berlakulah lafaz cerai taklik terhadap isteri-isteri mereka.
Setiuasaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan walaupun Datuk Mahfuz Omar tidak tertakluk kepada lafaz cerai taklik itu tetapi segala pendapatan beliau selama 34 tahun sebagai wakil rakyat Pas menjadi haram dan dilaknat Allah.