Robert Kuok seorang patriotik, ikon perniagaan Malaysia, kata Nazir

Datuk Seri Nazir Razak telah memberi penghormatan kepada taikun Robert Kuok di Instagramnya dengan mengatakan bahawa usahawan itu adalah seorang patriotik dan ikon perniagaan Malaysia.
Pengerusi CIMB Group Holding Bhd itu telah memuat naik sekeping gambar bersama Kuok yang diambil ssetahun lalu.
Nazir berkata, dirinya cukup bertuah kerana berpeuamg bersama Kuok selama bertahun-tahun dan juga membaca bukunya.
“Saya mungkin tidak bersetuju dengan semua pandangannya tetapi dia seorang patriot, ikon perniagaan Malaysia dan seorang lelaki kelas pertama,” kata Nazir, yang merupakan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini.
Minggu lalu, blogger Raja Petra Kamarudin menyiarkan tiga artikel di laman webnya, mendakwa, Kuok membiayai parti politik pembangkang untuk menggulingkan Kerajaan.
Kuok,94, bagiamanapun dalam satu kenyataan menafikan dakwaan itu dan beliau bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portral Free Malaysia Today.
Setiausaha akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad pula berkata dalam satu kenyataan pada Selasa, kejayaan Kuok adalah inspirasi kepada usahawan lain untuk berjaya.

Subscribe to receive free email updates: