ISU NIK ABDUH ANAK DERHAKA : BUKTI PERISTIWA YANG SEJAJAR BERSUMBER DARI NIK ABDUH SENDIRI.


 1. Beberapa hari lepas, tersebar satu klip video ucapan anak Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), Nik Abduh yang membuat pengakuan beliau disumpah oleh TGNA sebagai anak derhaka kerana menghasut TGNA agar memusuhi dan menjauhi YB Husam Musa. Beliau juga membuat pengakuan, ketika TGNA sakit sebelum meninggal dunia, beliau hantar kenalan-kenalan TGNA agar memujuk TGNA supaya jangan menyokong jebon (Husam Musa, Mat Sabu, dll) serta untuk "mengurung" TGNA agar tidak dapat bertemu dengan Husam Musa (mungkin salah apa yang saya faham). 

Antara pengakuan lain, beliau rela menjadi ANAK DERHAKA asalkan dapat lawan dan jatuhkan Husam (orang yang dia dengki dan dendam kerana TGNA selalu melebihkan Husam). 

 2. Husam, sememangnya kita tahu beliau ialah orang yang paling dipercayai dan disayangi TGNA. Beliau anak TGNA dalam politik, bukannya Nik Abduh yang pro kepada pemikiran TG Haji Hadi (jalur keras dan jumud). 

 3. Ada yang tidak percaya itu suara Nik Abduh. Untuk mengetahui kesahihan video ini, ianya bukan sekadar perlu dibuat ujian yang saya difahamkan, Pakatan Harapan (PH) telah pun menghantar klip ini ke makmal antarabangsa. Tetapi, kita juga perlu melihat isu-isu yang diperkatakan Nik Abduh dalam klip video tersebut. 

 4. Kita mungkin tertanya-tanya, apa perkara yang Nik Abduh pujuk dan perkatakan di depan ayahandanya sampai ayahandanya, orang yang alim menggelarkan beliau anak derhaka? Benarkah berlaku perbincangan dengan ayahandanya dalam usaha untuk brainwashed TGNA? 

 5. Jawapannya BENAR. Bacalah tulisan-tulisan Nik Abduh sebelum ini. Beliau telah menceritakan sendiri perkara ini sekaligus membuktikan, isu pergaduhannya dengan Husam dan proses brainwashed ayahandanya itu benar.  
6. Salah satu isunya adalah, isu PAS BERKERJASAMA DENGAN UMNO. Nik Abduh dan TG Haji Hadi terlalu inginkan kerjasama dengan UMNO ibarat pengantin yang tak sabar nak masuk bilik. Masalah utamanya, TGNA terlalu bencikan kerjasama dengan UMNO. 

 7. Bagi Nik Abduh, ayahandanya jadi sebegitu akibat percaya kepada hasutan Husam Musa. Kalaulah ayahandanya tahu betapa nikmatnya kerjasama dengan UMNO, tentu beliau juga tergila-gilakan UMNO. Husam betul-betul lawan UMNO dan beliau perlu dijatuhkan walau apa cara sekalipun. 

 8. Pada tahun 2009, Nik Abduh pernah menulis satu artikel di blognya yang bertajuk, "Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS - Bahagian 1" dan "Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS -'Bahagian 2". Dalam artikel itu, secara tidak langsung beliau membuat pengakuan, beliau memberanikan diri bercakap (brainwashed) dengan ayahandanya tentang isu Unity Goverment (UG) dengan UMNO. Dalam usaha "membasuh otak" TGNA yang setia dengan Husam, beliau memberikan dalil bagusnya UG dengan kisah Nabi Yusuf mendapat jawatan Menteri Kewangan dalam kerajaan syirik, Mesir Kuno. 

 9. Nik Abduh jelas menyatakan, UG yang ditolak ayahandanya adalah UG yang difahamkan kepadanya oleh pembantu yang berpakaian serba tahu. Siapa lagi kalau bukan Husam Musa? 

 10. Nik abduh juga menyatakan, mereka (YB Husam Musa dan lain-lain ke?) yang tolak idea Unity Goverment (UG) dengan UMNO (mengikut fahaman beliau) sebagai orang sesat dan mendoakan agar Allah membalas perbuatan jahat itu (tolak UG idea TG Hadi ke?). 

 11. Kemudian, Nik Abduh juga menulis, "Di mana pergi pembantu-pembantu ayahanda yang sesat perkerjaan mereka di sisi Tuhan!". Marah benar nampaknya Nik Abduh sampai tergamak tulis ayat sebegini hanya kerana gagal mempengaruhi TGNA agar menerima UG dengan UMNO.

 12. Seterusnya, dalam artikel beliau itu juga, beliau cuba menggambarkan seolah-olah TGNA menyokong idea kerjasama dengan UMNO (UG) selepas beliau bercakap (basuh otak) dengan ayahandanya dan selepas TGNA bertemu TG Haji Hadi. 

 13. Artikel beliau tersebar luas sehingga sampai ke pengetahuan TGNA yang ketika itu berada di Mekah. TGNA telah menghubungi dan tegur (marah) Nik Abduh. Lalu, Nik Abduh menulis artikel kedua. 

 14. Dalam artikel kedua Nik Abduh, beliau tulis, "Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu". 

 15. Nik Abduh secara terbuka menyatakan TGNA tegur (marah) kepada beliau. Bunyinya biasa, tapi kita tidak pasti bagaimanakah cara TGNA tegur Nik Abduh. Boleh jadi, rentetan peristiwa inilah beliau disumpah menjadi anak derhaka oleh ayahandanya. Jadi, tidak hairanlah dengan tersebarnya video Nik Abduh membuat pengakuan ayahandanya (TGNA) menggelarkan beliau, ANAK DERHAKA. Ianya berkaitan sebenarnya. Saya akan kongsikan kedua-dua artikel penuh tulisan Nik Abduh di bawah dan status lain. 

Wassalam. 

 HDZ Ahmad. 
 22 Mac 2018.

Subscribe to receive free email updates: